Oleh Wartawan BS
5 Februari 2020
PENAMPANG: Sebanyak 420 set komputer yang sebelum ini digunakan untuk perjudian dimusnah dan dilupus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semua barangan berkenaan membabitkan sebanyak 67 kes dalam tempoh sepanjang tahun 2005 hingga 2017 lalu.

“Barang-barang kes yang dilupuskan ini membabitkan sebanyak 67 kes yang selesai disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Hiburan Negeri Sabah 1958.
“Kes ini disiasat bagi tempoh tahun 2005 hingga tahun 2017.
“Manakala sejumlah wang tunai bernilai RM19,753 turut akan diserahkan terus kepada Perbendaharaan Negara selaras dengan PTKPN D207,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelupusan barangan kes di IPD Penampang, hari ini.
Sementara itu, mengulas lanjut, Haris berkata, hasil jalinan kerjasama dengan kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAN) dengan polis sudah mendapat khidmat nasihat dalam mengendalikan pelupusan barangan elektronik mengikut kaedah betul dan selamat.
“Melalui kaedah ini, pelupusan E-Waste telah diperkenalkan bagi memastikan alam sekitar tidak dicemari di samping memanfaatkan barangan lupus melalui kaedah kitar semula,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK