TUJUH SEKELUARGA RENTUNG DIKENALPASTI

BEAUFORT: Tujuh sekeluarga yang rentung dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut di sini awal, pagi tadi, telah dikenalpasti.

Mangsa masing-masing dikenalpasti sebagai Nadia, 25 sebagai ibu dan enam lagi anaknya iaitu Nana Romel, 14; Aisa Romel, 13; Shasha Romel, 10; Danial Romel, 7; Faisal Romel, 5; dan Samasan Romel, 2.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata kejadian berlaku jam 1.15 pagi membabitkan sebuah keluarga yang berada di dalam rumah terbabit.

“Kesemua mangsa yang ditemukan rentung dipercayai tidak dapat keluar dari rumah disebabkan gagal membuka pintu grill rumah yang terkunci.

“Tiga individu masing-masing ketua keluarga berusia 34 tahun dan seorang anaknya serta anak buahnya bagaimanapun selamat.

“Mereka juga melecur di bahagian badan dan sudah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Punca kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.