BEAUFORT: Tujuh sekeluarga rentung seleas rumah didiami mereka musnah terbakar di Kampung Lampijas, Membakut, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 pagi itu, mangsa yang rentung ialah seorang ibu bersama tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Menurut laporan Bernama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan, ketika dihubungi berkata suami dan seorang anak lelaki turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
“Selepas menerima panggilan kecemasan, BBP Kimanis bergegas ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer dan mendapati rumah kayu bertiang itu sudah terbakar sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata mangsa dipercayai terperangkap dalam rumah berkenaan sementara suami dan anak lelaki mangsa yang cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Beaufort untuk rawatan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK