SANDAKAN: 9,500 peso seorang untuk masuk ke Sabah.
Itu bayaran dikenakan dua juragan warga Filipina untuk membawa 12 warga asing ke negeri secara haram ini menerusi perairan Tanjung Aru, malam tadi.
Bagaimanapun, mereka ditahan sepasukan Pasukan Polis Marin (PPM) yang membuat serbuan susulan maklumat awam kira-kira 11.30 malam.
Turut ditahan adalah dua juragan warga Filipina berusia 21 dan 51 tahun dalam kejadian kira-kira jam
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Pajeri Ali, berkata pemeriksaan ke atas dua bot kemudian mendapati warga Filipina yang berusia tujuh hingga 60 tahun.
Katanya, siasatan mendapati semua penumpang mengaku datang dari Filipina dengan membayar sebanyak 9, 500 peso setiap penumpang kepada juragan.
“Semua penumpang dan juragan ditahan dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Pajeri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK