KOTA KINABALU: Datuk Dr Marzuki Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata Marzuki, 46, berpengalaman berkhidmat dengan Muhyiddin ketika memegang beberapa jawatan dalam kerajaan bermula 2009.
“Marzuki memulakan kerjaya sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1999 sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri pada 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pendidikan ketika Muhyiddin memegang jawatan itu pada 2013 hingga 2015.
“Pada 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataanitu, Marzuki kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Dalam Negeri selepas Muhyiddin dilantik ke jawatan itu pada 2018.
Marzuki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari UIAM serta Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong