[ad_1]
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan tambahan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.
Zahid, 66, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pertuduhan tambahan itu menjadikan pertuduhan yang dihadapi Zahid kini berjumlah 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Zahid yang memakai kemeja batik lengan panjang itu tiba di mahkamah kira-kira 8.40 pagi kelihatan tenang sebaik sahaja pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ