KOTA KINABALU: Hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai yang masih ‘keras kepala’ termasuk sekumpulan individu dipercayai daripada Pulau Gaya yang cuba mendarat di Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kesemua mereka kemudian diarahkan patah balik berikutan sekatan sebarang aktiviti pergerakan dilaksanakan di kawasan pulau berkenaan, bermula semalam.
Semua bot penumpang itu mula berkumpul dan mendekati Jeti Pasar Besar Kota Kinabalu, kira-kira jam 5 petang tadi.
Kebanyakkan penumpang yang menaiki bot itu memberi alasan untuk ke Kota Kinabalu bagi membeli barang.
Bagaimanapun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan itu meminta mereka berpatah balik.
Disebabkan semua pasar raya atau dan premis telah ditutup.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, pergerakan dari Pulau Gaya ke tanah besar dihentikan serta merta kecuali hal-hal yang mustahak.
“Anggota APMM yang bertugas seramai 11 orang dengan dua bot bot rondaan mengarah semua mereka berpatah balik ke Pulau Gaya.
“APMM akan terus melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan bagi melaksanakan PKP ini,” katanya di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah mengesahkan Pulau Gaya ditutup daripada sebarang aktiviti kemasukan atau keluar oleh orang awam selepas kes Covid-19 dikesan di kawasan berkenaan.
Pasukan perubatan telah masuk ke pulau itu untuk melakukan pemeriksaan./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK