KOTA KINABALU: Tiada pertambahan kes Covid-19 direkodkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah keseluruhan setakat ini kekal dengan 170 kes.
Ia adalah kali pertama berlaku sejak wabak berkenaan mula dikesan di negeri ini pada 12 Mac lalu
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini.
Kenyataan Noor Hisham memaklumkan negeri ini kekal dengan 170 kes, hari ini, dan ia bermakna tiada pertambahan kes di Sabah, setakat ini.
Semalam, Sabah juga hanya merekodkan pertambahan satu kes di Tawau iaitu peningkatan paling sedikit setakat ini.
Setakat ini, Tawau masih menjadi daerah tertinggi merekodkan kes Covid-19 iaitu sebanyak 49 kes diikuti Lahad Datu yang merekodkan 34 kes serta Kota Kinabalu sebanyak 23 kes.
Tuaran pula daerah keempat tertinggi merekodkan kes Covid-19 iaitu sebanyak 12 kes manakala dua daerah berjiranan iaitu Sandakan dan Kinabatangan masing-masing kini mencatat 11 kes.
Lain-lain daerah yang mempunyai rekod Covid-19 setakat ini ialah Beaufort dengan enam kes, Kota Belud dan Kunak masing-masing dengan lima kes, Sipitang (4), Putatan (4), Ranau (2), Papar (2), Penampang (1) dan Semporna (1).
Setakat ini juga, Sabah telah merekodkan satu kes kematian akibat Covid-19 iaitu di Tawau./BERITA SABAH

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ