KOTA KINABALU: Polis akan menyiasat tindakan seorang pegawainya yang merotan lima remaja lelaki yang didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menjalankan operasi Covid-19 di Kunak, semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu dan walaupun setakat ini tiada laporan namun siasatan dalaman akan dijalankan.
“Apa yang saya dimaklumkan, pegawai itu sudah memberi arahan supaya remaja yang sedang lepak di kawasan itu yang datang dari kampung lain untuk beredar sebelum pegawai itu meneruskan rondaan.
“Namun apabila kembali semula, kumpulan remaja itu masih ada dan sekali lagi pegawai mengarahkan mereka beredar tetapi mereka tidak mengendahkan malah ketawa’’katanya ketika dihubungi.

Mazli diminta mengulas satu rakaman video tular sejak pagi tadi, yang memaparkan seorang pegawai polis merotan lima remaja menggunakan sebatang ranting di Kunak.
Dalam video bedurasi 26 saat itu, pegawai polis itu geram selepas mereka tidak mengendahkan arahan untuk beredar malah ketawa apabila diarah untuk pulang.
Menurutnya, setakat ini tiada laporan, tapi polis akan buat siasatan dalaman ke atas pegawai terbabit.
“Manakala semua remaja lelaki itu dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka masing-masing,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK