SIPITANG: Empat remaja lelaki ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian di Jalan Pan Borneo Merintaman, di sini, awal pagi tadi.
Keempat-empat suspek berusia lingkungan 20 tahun ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, yang sedang menguatkuasakan PKP, jam 2.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, ketika kejadian sepasukan polis yang sedang menguatkuasakan PKP menahan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaiki empat remaja lelaki.
“Ketika ditahan dan disoal, mereka memberi alasan hendak mencari teman mereka di Sabah Forest Industries (SFI) pada waktu tengah malam.
“Alasan itu tidak munasabah dan tidak logik di waktu tengah malam. Keempat-empat mereka kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Champin berkata, keempat-empat remaja itu direman untuk siasatan lanjut.
“Semua mereka disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020 dan Seksyen 296 Kanun Keseksaan.
“Saya merayu supaya semua masyarakat Sipitang mematuhi PKP ini dan hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk urusan ke pasar, bank, dan pasar raya.
“Pergerakan urusan penting dan munasabah saja dipertimbangkan oleh polis ketika melalui sekatan jalan raya Op Covid-19,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK