TUARAN: Sudahlah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga sekawan didapati dalam keadaan khayal atau ‘lalok’ syabu ketika ditahan polis di tepi sungai kawasan Laya-Laya, di sini, semalam.
Ketiga-tiga lelaki berusia 25 hingga 28 tahun ditahan Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika menjalankan Ops Pintas Khas Covid-19 bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, jam 6.35 petang.
Hamizi berkata, ketika menjalankan rondaan, pihaknya menemui tiga lelaki sedang berlegar-legar di lokasi itu dengan keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan, ketiga-tiga lelaki terbabit didapati ingkar PKP tanpa alasan munasabah.
“Malah ketika pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sepeket dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, dadah itu ditemui di dalam kereta Proton Saga yang disyaki dinaiki mereka berhampiran kawasan berkenaan.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan turut mendapati semua suspek positif syabu dan disyaki sedang khayal ketika tangkapan berkenaan.
“Semua suspek kemudian dibawa ke IPD Tuaran untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK