TELUPID: Penduduk di 37 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk sudah menerima bantuan Covid-19.
Penyelaras Parti Warisan Sabah (WARISAN) Telupid, Pinus Gondili, berkata ia termasuk 554 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan tujuh kampung yang menerima bantuan berupa barang makanan itu.
Katanya, bantuan itu adalah sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Abdul Rahman Kongkawang.
“Bantuan disampaikan kepada Ketua Kampung dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing sebelum diagihkan kepada penduduk yang layak.
“Cuma lima kampung yang belum menerima bantuan ini,” katanya di sini, semalam.

Pegawai Daerah Telupid, Jablee Jaratul mewakili Abdul Rahman dalam penyampaian bantuan itu.
Yang turut hadir dalam penyerahan itu adalah Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang juga Ketua Bahagian UPKO Beluran, Felix Joseph Saang./BERITA SABAH

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad