LAHAD DATU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu merekodkan 761 kes dadah sepanjang Januari hingga semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, IPD Lahad Datu telah membuat sejumlah 815 tangkapan.
Katanya, nilai rampasan keseluruhan pula mencatatkan sebanyak RM180,705 membabitkan dadah seberat 3,071.2 gram.
“Sehubungan itu, polis memohon kepada orang ramai supaya membantu menyalurkan maklumat berhubung aktiviti jenayah dadah di daerah ini untuk tindakan pembanterasan,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ