[ad_1]
Nurul Hana berkata anak bongsu daripada dua beradik itu Muhammad Nazmi Ammar yang menghidap Sindrom Down sangat memerlukan mesin oksigen berkenaan untuk membolehkannya menjalani kehidupan normal serta sihat seperti bayi normal lain.
Dia berkata ketika ini anaknya itu hanya bergantung sementara kepada mesin oksigen jenis elektrik yang dipinjamkan seorang doktor dari Hospital Pulau Pinang kepada keluarganya itu sejak dua bulan lepas namun tempoh meminjam mesin itu akan tamat bulan depan.
“Kami perlu kembalikan mesin itu semula, buat masa ini kami tidak mampu beli kerana ia mencecah RM8,000, suami saya Ammar Abd Razak, 29, pula hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit dengan gaji kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Sanai, Bukit Jenun di sini hari ini.
Selain itu, Nurul Hana dan suami juga memerlukan bantuan untuk membeli topeng oksigen yang baharu serta alat cair kahak berharga kira-kira RM5,000.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Simpanan Nasional Nurul Hana bernombor 02003-41-00001240-8 atau menghubunginya di talian 014-3487026.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu