Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,671 kes baharu Covid-19 berbanding 1,585 pesakit sembuh dan empat kematian.
Ini menjadikan 316,042 kes pulih daripada keseluruhan 331,713 jangkitan Covid-19 dengan 1,229 kematian direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini seramai 14,442 pesakit sedang dirawat, dengan 151 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 64 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor mencatatkan kes positif tertinggi dengan 652.
Ia diikuti Pulau Pinang (328), Sarawak (154), Johor (130), Sabah (102), Kuala Lumpur (78), Kelantan (63), Kedah (46), Perak (37), Terengganu (32), Negeri Sembilan (25), Melaka (18), Pahang (3) dan Labuan (3).
Manakala Putrajaya dan Perlis tiada kes baharu dilaporkan.
Noor Hisham berkata, empat kematian itu membabitkan warganegara berusia 46 hingga 83 tahun di Sabah, Selangor dan Kedah.
Katanya, masing-masing mempunyai sejarah menghidap penyakit seperti darah tinggi, jantung, kencing manis dan buah pinggang kronik.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ