Madius beri sumbangan kepada tiga keluarga mangsa kebakaran di Pekan Nabalu

Tragedi kebakaran di Kampung Balabakan Pekan Nabalu menyebabkan tiga rumah hangus dan penghuninya kini tinggal sehelai sepinggang.

Nasib yang menimpa keluarga ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Keadaan rumah yang terbakar. Segala harta benda tidak sempat diselamatkan

Selepas mendapat tahu musibah yang melanda, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) itu berkunjung ke tapak kejadian dan melawat kesemua mangsa.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang ringgit bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa

Pada masa yang sama, UPKO PDM Simpangan turut menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian dan beberapa keperluan lain untuk membantu mangsa.

Keluarga mangsa berterima kasih atas keprihatinan Madius dan sumbangan yang diberikan.

Mereka juga menghargai sumbangan yang disampaikan ahli-ahli UPKO PDM Simpangan.