Sebuah lori kontena yang dikesan membawa muatan minum keras ditahan dalam operasi dijalankan Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu di Jalan Kitobu – Kolopis Inanam, di sini, hari ini.
Dalam operasi Op Kontraban jam 9.30 pagi itu, pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa minuman keras yang dianggarkan bernilai RM222,552.
Komander Briged Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya mengekori sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, lori berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun bersama seorang kelindan berusia 23 tahun.
“Hasil pemeriksaan lanjut, lori itu dikesan membawa 800 katon minuman keras disyaki tidak bercukai.
“Kedua-dua tangkapan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Inanam untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Abduh berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM402,552.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967,” katanya. – Asia Times

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad