Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 22,242 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 12 Ogos dengan 21,668 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan 1,466,512 kes.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6,858.
Ia diikuti Sabah (2,413), Penang (1,867), Kedah (1,852), Kuala Lumpur (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351), Perak (1,036), Pahang (675), Melaka (579), Negeri Sembilan (577), Terengganu (487), Perlis (50), Putrajaya (25), dan Labuan (lima).

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong