5,291 kes baru ini hari, sembuh 4,947 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,291 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,486,630 kes setakat ini.

Beliau berkata, sebanyak 4,947 kes pulih menjadikan jumlah sembuh jangkitan Covid-19 kepada 2,390,379 kes.

Terdapat 286 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 545 kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU)

Sementara itu beliau berkata berdasarkan data terkini pada 3 Nov, nilai RT Malaysia adalah 0.96.

Katanya, lima negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 iaitu Putrajaya (1.05), Perlis (1.05), Kuala Lumpur (1.01), Negeri sembilan (1.0) dan Melaka (1.0).

Beliau berkata 10 negeri pula mencatatkan RT bawah 1.0 iaitu Selangor (0.98), Kedah (0.97), Pahang (0.96), Sabah (0.94), Terengganu (0.91) Kelantan (0.91),Pulau Pinang (0.90), Sarawak (0.87), Perak (0.86) dan Johor (0.86).

Labuan kekal dengan 0 nilai RT.