COVID-19: Sabah merekodkan 1,352 jumlah kes baharu hari ini

KOTA KINABALU, 9 Mac – Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 1,352 kes hari ini iaitu peningkatan sebanyak 136 kes berbanding semalam (1216).

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 365, diikuti oleh penampang (119), Tuaran (113) dan Papar (111).

Sementara itu, peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik turut menunjukkan angka tinggi pada 60.65% daripada jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah.

Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan setakat hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 1,340 daripada 1,216 kes baharu hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3, tujuh (7) kes dalam Kategori 4 dan dua (2) kes dalam Kategori 5.

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.