COVID-19: Sabah kembali mencatatkan penurunan 198 kes jangkitan baharu hari ini

KOTA KINABALU, 10 MAC : Sabah kembali mencatatkan penurunan kes harian, iaitu penurunan sebanyak 198 menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 1,154 hari ini.

Mengikut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Majun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu dengan jumlah 265 kes, diikuti dengan Papar(109), Tuaran(91) dan Beaufort(86).

Namun , peratusan kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi pada 60.40% daripada keseluruhan kes baharu hari ini.

Dalam pada itu, tiada kluster baharu yang dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, sebanyak 1,138 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 , tujuh (7) kes dalam Kategori 3, lima (5) dalam Kategori 4, dan empat (4) kes dalam Kategori 5.