TAMPARULI, 18 Mac — Acara memancing anjuran belia Kampung Kelawat yang dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau baru-baru ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan penduduk.
Acara tersebut bukan sahaja untuk mencari dana belia kampung itu tetapi untuk mempersatukan masyarakat di Kampung Kelawat serta mendedahkan keistimewaan kampung berkenaan.
Menurut penganjur, Thomas Sugara, 54, kehadiran Madius merupakan salah satu sebab peningkatan jumlah pendaftaran dalam acara memancing.
“Pada mulanya, kami menganggarkan 50 penyertaan namun yang mendaftar hanya lebih kurang 40 orang sahaja.
“Tapi kali ini, selepas mengetahui kehadiran Datuk Seri Madius, jumlah penyertaan meningkat melebihi sasaran iaitu sebanyak 53 penyertaan,” katanya.
Thomas berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa acara memancing itu berlangsung di Kg Kelawat.
Katanya, masih ramai yang mahu menyertai acara itu tetapi tidak diterima bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah ditetapkan.
“Banyak yang sudah mendaftar dalam talian, tetapi disebabkan oleh kapasiti dan arahan SOP kami terpaksa menghadkan pendaftaran,” jelasnya.
Acara memancing itu berlangsung dari pukul 9.15 pagi hingga 1.15 petang.

More Stories
Sunduan Nabalu : Hak 40 peratus –Maruah dan ekonomi kini di Sabah
PERTUBUHAN ORANG ASAL SABAH SERU KERAJAAN PUSAT DAN AGC TIDAK TERUSKAN RAYUAN ISU 40% HASIL SABAH
Rayuan AGC Gugat Keyakinan Pelabur, Iklim Ekonomi Sabah – BAYAHAN