Video tular: sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan parang dan kayu

TAWAU, 22 Mac — Sebuah video memaparkan aksi pergaduhan sekumpulan individu menggunakan parang dan kayu di penempatan atas air batu 4, di Jalan Apas, Tawau menjadi tular di media sosial pada Ahad lepas.

Rakaman terbabit memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh sambil melibaskan parang antara mereka.

Turut tular beberapa keping gambar menunjukkan individu cedera dan berlumuran darah dipercayai terbabit dengan pergaduhan berkenaan.

Setakat jam 10.24 pagi kelmarin, masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin.

Sehubungan itu, beliau berkata motif pergaduhan belum dikenalpasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Saya akan bagi laporan sidang media selepas siasatan awal selesai,” katanya ketika ditanya pemberita.