SINGAPURA, 24 Mac : Seorang lelaki yang bekerja sebagai pencuci di salah sebuah hospital di negara ini telah melakukan pencabulan keatas seorang pesakit wanita berusia 42 tahun yang tidak mampu bergerak dan bersuara sejak 27 April tahun lalu.
Dalam kejadian terbabit tertuduh awalnya sedang mengemop lantai hospital berkenaan kemudian melihat mangsa terbaring dengan bahagian atas baju tidak dibutangkan.
Tindakan lelaki teresebut bagaimanapun berjaya dihentikan selepas seorang jururawat melihat aksi menjijikan itu.
Berikutan dari itu, tertuduh dengan dakwaan mencabul kehormatan mengaku bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah pada Rabu lepas.
Pembicaraan susulan akan diadakan bulan depan dimana tertuduh dihadapkan ke mahkamah untuk menetapkan hukuman.
Identiti pesakit dan lokasi hospital tidak didedahkan termasuk nama tertuduh.
More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’