KOTA KINABALU, 23 Mac — Rakyat melihat status dan kekayaan seolah-olah dapat melunakkan hukuman kepada kluster mahkamah tertentu selepas melihat pesalah dan penjenayah biasa tanpa gelaran dan jawatan yang dijatuhkan hukuman penjara serta tidak mempunyai kemampuan merayu, disumbat ke penjara.
Sedangkan, kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana disabit kesalahan rasuah, pecah amanah, jenayah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram masih bebas berkeliaran termasuk berkempen pilihan raya.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, rakyat menyatakan mereka (Penjenayah UMNO) melantik pasukan peguam hebat yang boleh memfailkan pelbagai permohonan interlokutori yang didakwa seolah-olah melengahkan perlaksanaan hukuman penjara.
“Rakyat tidak mempersoalkan hak seseorang yang dijatuhi hukuman untuk merayu tetapi tempoh yang amat panjang sebelum hukuman dilaksanakan menjadi perdebatan kurang menyenangkan.
“Saya faham dan menghormati kebebasan badan kehakiman. Saya juga menyokong prinsip pengasingan kuasa. Tetapi kalau sudah bertahun-tahun disabitkan bersalah dan dihukum penjara oleh Mahkamah Tinggi yang mengendalikan perbicaraan, kenapa proses rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengambil masa terlalu lama?
“Mereka bertanya kepada saya, sebagai seorang ahli Parlimen, Adakah undang-undang yang ada sekarang adil?
“Menteri undang undang, Ketua Hakim Negara serta pihak bersangkutan perlu mengkaji had munasabah seseorang yang telah didapati bersalah dibenar menjalani rayuannya.
“Saya percaya Ketua Hakim Negara yang arif dan bijaksana perlu lakukan sesuatu. Perlu dimulakan inisiatif libat urus dengan Peguam Negara dan Gabenor Jeneral Menteri Undang-Undang (pihak Eksekutif) serta Yang di Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara (pihak Legislatif) supaya digubal undang- undang atau dipinda mana-mana undang-undang sedia ada untuk menetapkan tempoh masa rayuan sesuatu kes.
“Orang yang telah disabit bersalah dan dihukum penjara, tidak kira siapa mereka, selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kesamarataan, hendaklah segera dihantar ke penjara sekiranya rayuan mereka ditolak,” katanya.
Sehubungan itu, Hassan berharap pendengaran rayuan perlu dilakukan dalam had tempoh masa yang menasabah dan tidak berlarut seperti yang berlaku sekarang sehingga rakyat hilang keyakinan kepada sistem undang-undang dan kehakiman.

More Stories
Sunduan Nabalu : Hak 40 peratus –Maruah dan ekonomi kini di Sabah
PERTUBUHAN ORANG ASAL SABAH SERU KERAJAAN PUSAT DAN AGC TIDAK TERUSKAN RAYUAN ISU 40% HASIL SABAH
Rayuan AGC Gugat Keyakinan Pelabur, Iklim Ekonomi Sabah – BAYAHAN