Tawau – Dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat di Pulau Sebatik khususnya di Bergosong, Sarjan Mejar Nuljahi Bin Mustajib, Timbalan Ketua Polis Balai Polis Bergosong bersama anggota bertugas telah melaksanakan Operasi Pencegahan Jenayah di kawasan tanggungjawab dan sekitarnya.
Semasa membuat rondaan, telah menerima maklumat awam bahawa berlakunya aktiviti judi sabung ayam tidak jauh dari kawasan rondaan dibuat. Semasa tiba dilokasi, anggota polis bertugas memeriksa kawasan sekitar dan tidak menjumpai sesiapa.

Gelanggang sabung ayam telah dimusnahkan serta merta agar tidak ada sebarang aktiviti menyalahi undang-undang yang akan dijalankan pada masa hadapan.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian sabung ayam atau pun apa-apa kesalahan jenayah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di talian 089-752222 atau melalui aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) menerusi telefon bimbit masing-masing. -SABAH NEWS TODAY

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ