LABUAN: Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BBKM) dan Unit Inspektorat Perundangan jabatan itu telah merampas sejumlah barangan makanan bernilai lebih RM2,000 dalam satu Operasi Bersepadu yang djalannan di sekitar bandar Labuan baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (BBKM) Syazwani Md.Helmi berkata, turut terlibat dalam Operasi Bersepadu yang bertemakan “Perhati dan Pilih itu ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dan Perbadanan Labuan.
“Hasil daripada operasi itu, pihak kami telah mengeluarkan dua notis Bilangan 32B di bawah Peraturan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan 11 (1)(a) Kewajipan Am tuan punya atau penghuni premis makanan dengan nilai kompaun RM5,000,” katanya ketika ditemui media selepas Operasi Bersepadu berakhir di sebuah pasaraya, di sini, baru baru ini.
Beliau berkata, operasi bersepadu yang dijalankan itu antara lain bertujuan bagi memastikan semua produk makanan yang dijual dalam pasaran sepanjang bulan Ramadan mematuhi Akta Makanan 1983, selamat dan berkualiti untuk orang awam.
Menurutnya, pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih, pastikan tarikh luput dan keadaan makanan dalam keadaan baik, tidak rosak, tin tidak bergelembung dan berkarat. Jika terjumpa elakkan kerana bimbang lberlaku pencemaran makanan. -SABAH NEWS TODAY
More Stories
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 30 Mac
PGA rampas barang seludup RM2.4 juta
Sandakan, Beluran, Pitas disytihar banjir