DBKK arah penutupan sementara Perdana Park
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengarahkan penutupan sementara Perdana Park Tanjung Aru susulan kes pengunjung diserang memerang ketika berjoging, pagi tadi.
Menerusi satu kenyataan, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, berkata penutupan itu bagi menjamin keselamatan pengunjung.
Selain itu, katanya penutupan itu juga bagi memberi laluan kepada DBKK, dengan kerjasama agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan lanjut.
“DBKK memandang serius insiden ini dan bertindak segera mengarahkan penutupan Taman Perdana Tanjung Aru bagi mengelakkan sebarang insiden lain yang tidak diingini.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan penutupan ini bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya. – Info X
More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ