Stor penyimpanan barangan runcit terbakar
TUARAN: Sebuah stor penyimpanan barangan runcit musnah 90 peratus dalam kebakaran di Jalan Berjaya, Pekan Tamparuli, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.11 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kebakaran membabitkan stor penyimpanan barangan runcit jenis kekal terbakar 90 peratus.
“Tindakan pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan dua aliran, tiga pancutan dengan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada jam 4.45 pagi.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 6.42 pagi,” katanya. – Info X
More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad