Madius Hadir Majlis Sambutan Kemerdekaan USA Ke-243 Di KK

Madius bersama Duta Amerika Kamala Shirin Lakhdhir ketika menanti bermula acara majlis

KOTA KINABALU, 28 Jun – Sama seperti Amerika Syarikat pada awal 1960an ketika mereka menetapkan sasaran untuk mendaratkan manusia di bulan pada dekad yang sama, kita juga boleh menetapkan sasaran seperti mendaratkan manusia ke bulan, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

“Pada awal tahun 1960an, dalam persaingan penguasaan angkasa lepas, Amerika Syarikat telah menetapkan satu sasaran untuk mendaratkan manusia ke bulan pada dekad yang sama dan dengan semangat dan sokongan seluruh warga Amerika Syarikat mereka telah berjaya berbuat demikian.

Lakhdhir: “Your Excellencies, ladies and gentlemen, may I invite you to join me in a toast for the good health and well-being of His Majesty, the Yang di Pertuan Agong, and to the success and prosperity of the People of Malaysia.”

Madius: “Your Excellencies, ladies and gentlemen, may I invite you to join me in a toast for the success and prosperity of the government and people of the United States of America.”

 

“Kita juga boleh meniru semangat itu dan menetapkan satu sasaran untuk sampai ke bulan, namun bagi kita bulan yang kita hendak capai ialah menjadikan negeri Sabah sebuah negeri industrialisasi menjelang tahun 2030 selaras dengan halatuju kerajaan negeri baharu dibawah pimpinan YAB Ketua menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal,” kata Madius.

Madius berkata demikian kepada pemberita ketika mewakili kerajaan negeri Sabah untuk menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-243 kemerdekaan Amerika Syarikat yang di adakan di Magellan Sutera Resort di sini malam kelmarin.

“Untujk membolehkan kita mencapai sasaran kita dalam menjadikan Sabah sebuah negeri yang maju dalam bidang industri, semua pihak haruslah memberikan sokongan sepenuh kepada usaha kerajaan ini kerana selagi bidang industri tidak melonjak maju maka sumbangan industri kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus berada pada tahap yang tidak membanggakan,” tambah beliau.

Madius yang menghadiri majlis sambutan tersebut adalah untuk mewakili kerajaan negeri Sabah dan beliau telah disambut oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Mdm Kamala Shirin Lakhdhir.