Kenderaan pacuan empat roda yang terbabas dalam kemalangan di Sandakan pagi tadi
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Sembilan orang dilaporkan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas di Jalan Lintas Cecily- Jalan Utara hari ini.
Kenderaan jenis Toyota Hilux telah terbabas sendiri ke bahu jalan semasa dalam perjalanan dari Batu 4 Jalan Utara menuju ke Tanah Merah.
Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan terima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 9.55 pagi dan seterusnya respon ke tempat kejadian melalui jarak sejauh 5KM, kata Penguasa Bomba dan Penyelamat zon Sandakan Andre Andrew.
Satu jentera dan pasukan EMRS yang diketuai oleh PBK II Bernadius Jacob bersama enam anggota telah bergegas ke lokasi untuk membantu mangsa-mangsa terlibat, kata Andre.
Terdapat 9 Orang mangsa terlibat mengalami cedera ringan dimana 8 orang mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan jentera Bomba, tambahnya.
Manakala seorang mangsa perempuan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, kata Andre.
Operasi anggota Bomba tamat pada jam 10.13 pagi,kata Andre.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad