KEMPEN DERMA DARAH DI KG. MAANG HARI INI

PENAMPANG: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Maang dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) dan Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II akan mengadakan Kempen Derma Darah hari ini (29 Jun).

Ia akan diadakan di kediaman Johnny Tokuzip, bersebelahan dengan Balairaya Kampung Maang, bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.

Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata, Pendarah telah menyediakan 30 kampit beras sebagai saguhati dan penghargaan kepada penderma terawal.

“Kami mengharapkan agar mendapat kerjasama masyarakat di sekitar Penampang dalam menjayakan kempen derma darah untuk membantu pesakit yang memerlukan.

“Orang ramai yang sihat tubuh badan dengan berat melebihi 45 kilogram, bebas daripada penyakit dan berusia 18 tahun ke atas boleh menderma,” katanya.