PENAMPANG: Sambutan Natal Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Bandar Baru Penampang yang dijadualkan berlangsung pada 8 Disember ini mendapat sokongan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick yang menyampaikan sumbangan kepada wakil Gereja SIB.
Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang, Alvin Lee kepada
wakil penerima dari SIB Sabah, Suehim Yunin, bagi menyokong program keagamaan anjuran komuniti setempat yang menyumbang kepada keharmonian masyarakat di kawasan Penampang.
Sambutan Natal Gereja SIB Bandar Baru Penampang adalah acara tahunan yang penting bagi komuniti gereja untuk menyemai nilai kasih sayang, perpaduan, dan sokongan bersama dalam kalangan ahli masyarakat.
Adalah diharapkan melalui sumbangan ini, penganjuran sambutan Natal Gereja SIB Bandar Baru Penampang berjalan lancar dan memberi impak positif kepada komuniti setempat, selaras dengan nilai kemasyarakatan dan visi Ewon untuk memperkukuhkan semangat muhibah di Sabah.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ