KOTA KINABALU: Polis menahan sembilan individu termasuk tiga remaja perempuan yang disyaki terbabit dalam pesta dadah dalam serbuan di sebuah kondominium, di sini, minggu lalu.
Semua suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, ketika ditahan semua remaja iaitu enam lelaki dan tiga remaja perempuan sedang lalok di bawah pengaruh dadah.
“Hasil ujian air kencing menunjukkan semua mereka positif empat jenis dadah termasuk Methamphetamine,” katanya dalam sidang media di pejabat IPD Kota Kinabalu, hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati semua remaja terbabit baru berkenalan sebelum mengadalan pesta dadah di kondominium yang disewa.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(2) akta sama.
“Tangkapan adalah antara 23 keseluruhan pesalah dadah yang ditahan BSJN IPD Kota Kinabalu dalam pelaksanaan operasi harian mengekang penyalahgunaan dadah di daerah ini,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Kasim berkata, IPD Kota Kinabalu menggerakkan keseluruhan 25 pasukan task force bagi melaksanakan operasi sepanjang perayaan Hari Krismas sejak awal bulan ini.
“Pada masa sama task force ini juga akan beroperasi sehingga sambutan ambamg tahun baharu serta sambutan Jom Heboh pada penghujung bulan ini dalam memastikan keselamatan sentiasa terjamin sepanjang tempoh berkenaan.
“Saya juga akan memaklumkan lokasi dan tarikh penutupan jalan untuk kedua-dua sambutan terbabit dalam masa terdekat,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad