TUARAN: Seorang maut manakala lima cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kampung Indai, depan Speedmart, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar daripada kereta dipandunya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 pagi sebelum sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi.
Katanya, kemalangan membabitkan dua kereta jenis Proton Saga bertembung dengan Produa Alza dan terdapat enam mangsa dalam kejadian ini.
“Dua mangsa dari kereta Proton Saga manakala empat mangsa daripada kereta Perodua Alza. Pasukan bomba berjaya mengeluarkan dua orang mangsa cedera termasuk seorang parah dari Proton Saga dan Perodua Alza.
“Manakala tiga lagi mangsa dari kereta Perodua Alza yang turut cedera dibawa ke hospital oleh orang awam.
“Sementara itu, seorang mangsa yang tercampak keluar dari kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan jam 9.15 pagi selepas pasukan bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad