PENAMPANG: Padah memandu dalam keadaan mabuk, dua lelaki ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Bundusan, di sini, awal pagi tadi.
Kedua-dua mereka warga tempatan berusia 27 dan 35 tahun ditahan dalam operasi bermula 12.01 tengah malam hingga 3.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kedua-dua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.
“Sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000.
“Dalam operasi itu juga, polis mengeluarkan 10 keping saman atas pelbagai kesalahan dan tujuh daripadanya tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, seramai 96 individu dan 82 kenderaan diperiksa dan operasi kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sementara itu, Sammy berkata operasi ini juga antara lainnya bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang ditetapkan. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad