RANAU: Dua lelaki termasuk seorang pelajar sekolah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kes kecurian motosikal milik seorang petani dari Kampung Marakau.
Kedua-dua suspek berusia 16 dan 20 tahun ditahan di dua lokasi berasingan di daerah ini pada 2 dan 3 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, kejadian berlaku pada 16 September 2024 di Kampung Cinta Mata, Kundasang.
“Motosikal jenis Yamaha 135LC milik seorang petani dari Kampung Marakau hilang dipercayai dicuri. Hasil siasatan pada 2 Jun lalu, suspek pertama seorang pelajar lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di Riverside, di sini.
“Pemeriksaan mendapati motosikal yang dinaiki adalah hasil curi. Suspek mengaku membeli motosikal berkenaan daripada suspek kedua,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pada keesokan harinya, suspek kedua berjaya dikesan dan ditahan di pekan Ranau.
“Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk usaha mengesan rakan sejenayah lain yang telah dikenal pasti.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih waspada dan menggunakan langkah keselamatan tambahan bagi mengelak kejadian jenayah kecurian kenderaan,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ