KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan terjatuh ke dalam parit di Jalan Kolam, Luyang, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa Yong Ket Kong, 67, yang memandu kenderaan jenis Toyota Land Cruiser disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1 petang.
Katanya, seramai lapan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.50 petang. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ