Zakaria (tengah) bersama AJK Srikandi Bahagian Libaran memotong kek semasa Majlis Tautan Kasih Raya Srikandi DUN Sungai Sibuga , Parlimen Libaran
SANDAKAN: Lebih 5,000 penduduk dari tiga buah kampung dalam Parlimen Libaran telah menikmati bekalan air bersih selepas loji baharu di Beluran beroperasi sepenuhnya pada Disember lepas.
Menurut Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, 3 kampung berkenaan adalah Kampung Jaya Bakti, Kampung Memanjang dan Kampung Satura serta kawasan berhampiran yang terletak dalam laluan utama ke daerah Beluran.
Bekalan air berkenaan yang diperolehi dari Beluran bukan sahaja telah memberi keselesaan kepada penduduk setempat, malah menyelesaikan masalah bekalan air dihadapi penduduk sejak sekian lama, kata Zakaria.
Zakaria yang juga Ketua Penaja Pimpinan BERSATU Bahagian Libaran berkata demikian kepada media semasa menghadiri Majlis Tautan Kasih Raya Srikandi DUN Sungai Sibuga, Parlimen Libaran baru-baru ini.
Terdahulu ketika berucap, Zakaria mengingatkan setiap ahli Srikandi Libaran agar sentiasa menyokong setiap pelaksanaan usaha pembangunan dilaksanakan Kerajaan.
Pada masa sama katanya, ahli Srikandi Libaran perlu menerapkan elemen kesatuan dalam parti bagi memastikan penglibatan ahli dapat mewujudkan kestabilan politik negara.
Menurutnya, sokongan dan elemen kesatuan itu penting agar setiap dasar kerajaan negeri dan pelaksanaan perancangan pembangunan di setiap kawasan dapat dilaksanakan sebaiknya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ