UBAH PRESTASI PELAJAR DISARANKAN AMBIL PELUANG

Akdan bersama George pada majlis penyampaian sijil salah seorang dari 470 pelajar mengikuti jom CAKNA

Oleh  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Pelajar diingatkan supaya menerima perubahan  persepsi  dengan  menguasai ilmu  kerana  dengan penguasaan  ilmu  dengan baik dapat  mengubah serta  mencapai kecemerlangan, sebagai pelajar akan membawa kejayaan dan  mengubah  sejarah keputusan UPSR.

Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Marudu Datu Akdan Basran berkata, pemikiran para pelajar  hari ini harus fokus bagaimana hendak mencapai  pencapaian  keputusan  peperiksaan UPSR   pada  tahun ini dari tangga ke-16 kepada  tangga yang lebih baik .

“Kita mahu agar kedudukan UPSR di negeri Sabah bagi daerah Kota Marudu pada tahun ini akan berubah dan untuk mengubah kedudukan tersebut bergantung  daripada  usaha dan perubahan minda khususnya dalam menguasai  kertas ujian bahasa inggeris”, katanya.

Katanya, walaupun pihak Kementerian Pelajaran tidak terlalu memberikan tekanan kepada para pelajar dan guru untuk mencatatkan keputusan tinggi namun sebagai pelajar mahu pencapaian dalam penguasaan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran terpenting di peringkat global, adalah wajar”.

“Kejayaan UPSR terletak di tangan pelajar itu sendiri perlu menjadi peperiksaan UPSR dijulang sehingga mengharumkan nama  daerah ini” katanya.

Akdan berkata, dengan bimbingan guru dan usaha  pelajar  selama enam tahun  belajar di sekolah  rendah tidak dipersiakan, UPSR merupakan titik penting bagi ibubapa  telah memainkan peranan  penting  melahirkan dan membina  masa hadapan  pelajar, justeru itu  anak-anak  haruslah membalasnya dengan  meraih  keputusan  cemerlang”.

Katanya  Majlis  gabungan  guru besar  daerah  dan  PPD  tahun ini  menjemput   penceramah  bebas  dalam  menjawab soalan-soalan bahasa inggeris dari Kota Belud  Cikgu  Harayana Mustafa (Gambar)  dan  telah  menjalankan  bengkel  Jom CAKNA  bahasa inggeris  selama sehari  di dewan komuniti  dengan sempurna  yang  dibantu  oleh guru-guru pengiring bahasa inggeris.

Sementara itu Yang Dipertua  majlis Gabungan Guru Besar Daerah Kota Marudu George Elang  berkata, sambutan pada tahun ini  diluar jangka dimana pada awalnya hanya menerima  250  orang  pelajar  namun pada waktu pendaftaran  jumlah  peserta meningkat mendadak kepada 471 orang,  namun usaha dan kerjasama  ajk bersama 31 orang  guru besar  serta 38 guru pengiring akhirnya  kerumitan dapat diatasi.

Katanya, sebelum ada program Jom CAKNA  bahasa inggeris  dibuat  keupayaan dalam menjawab  soalan kertas peperiksaan   bahasa inggeris  pelajar  rendah   dan bengkel menjawab kertas ujian  bahasa inggeris  bagi penulisan dan pemahaman  disusuli latihan menjawab kertas peperiksaan  yang dilaksanakan  ternyata amat berkesan.

George yang juga Guru Besar SK Samparita berkata, tahun lalu ujian bahasa inggeris telah mencatat  peningkatan  keputusan kepada  tujuh peratus. Sebelum  itu, pada  tahun sebelumnya mendapati  keputusan menurun  dan memaksa  pihaknya  mengadakan program  seumpama itu,  pada  masa yang sama Jom CAKNA Matematik turut diadakan  pada bulan april lalu.

Pengorbanan tidak tetnilai cikgu Roland dari SK Tagibang 100km dari pekan, membawa 6 pelajar semata mata untuk capai cemerlang dlm bahasa Inggeris

Beberapa guru pengiring   yang membawa  pelajar yang ditemui  teruja dengan teknik  serta penyampaian penceramah  dan berharap dengan adanya  bengkel seumpama itu pelajar lebih bersedia  menghadapi  dan menyesuaikan diri sebelum menjawab peperiksaan ujian bahasa inggeris.

Salah seorang guru pembimbing  dari SK Tagibang Ronald Tiwon ditemui BS bersama  enam pelajarnya, berkata usaha beliau bersama guru besarnya Jenikius Moni  amat berbaloi walau terpaksa  datang  melalui jalan Ranau dan tidur menumpang  dirumah  saudara semata-mata membawa harapan besar agar calon UPSR akan  meraih seberapa banyak  ilmu dalam menjawab kertas bahasa inggeris.

Sedia mendabik dada pelajar seramai 470 ikuti banel teknik menjawab keras bahasa Inggeris

Manakala  seorang  bapa  dari kampung  Mangaris Majingkun Sulukan pula  turut  mengambil kesempatan  mendengar  ceramah  teknik  menjawab kertas peperiksaan, beliau yang  juga mempunyai  dua orang anak sedang menuntut di Amerika Syarikat dan Jepun serta seorang tahun enam di SK Mangaris tidak melepaskan detik  berharga begitu sahaja.

Sementara  itu adik   Salvianita Medo 12’ dari kampung Mangkupa  yang bercita-cita sebagai seorang pendidik pada masa akan datang, berharap bengkel tersebut  membawa banyak manfaat dan pengetahuan baginya untuk mencapai sekurang-kurangnya B  sebagai target peperiksaan yang sebelum itu kurang yakin tentang persediaan yang dilakukannya.