Alumni SMK Kota Marudu mengabadikan pertemuan penuh bermakna
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Memang tidak dinafikan semenjak 50 tahun Sekolah Menengah Kota Marudu yang sebelum itu dikenali BGSS SMK Bandau memang ramai tetapi belum dikesan atau belum menampilkan diri dalam mengisi dan meramaikan lagi keahlian alumni sekolah .
Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin berkata, terdapat ramai dikalangan bekas-bekas pelajar sekolah yang telah berjaya kepuncak menara gading, semenjak ditubuhkan pada tahun 1968 hingga kini dan sudah tiba masanya Alumni sekolah ini diaktifkan.
“Pada tahun lepas, sekolah tersebut telah menyambut ulang tahun Jubli Emas ke 50 tahun penubuhan dan pada tahun ini sekolah yang dahulunya dikenali sebagai Bandau Government Secondary School telah mengeluarkan beribu-ribu lepasan sekolah yang telah berjaya menjadi pegawai tinggi, wakil rakyat, pensyarah, guru-guru, usahawan dan pelbagai lagi kerjaya termasuklah pegawai kedutaan, doktor, peguam, penyanyi, yang telah mewarnai dan mengharumkan corak kepimpinan negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Antara pemimpin yang lahir dari sekolah tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan; Pegawai tinggi yang pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia Datuk Jilid Kiminding dan Mantan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Georgh Sangkin, Mantan Ahli Dewan Negara Datuk Maijol Mahap, Mantan Pengarah Kastam Negeri Sabah Datuk Dr. Janathan Kandok, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Suzie Salapan, Pensyarah fakuliti perubatan UMS Dr. Jinaron Jailip dan ramai lagi.
Pada kesempatan itu beberapa orang alumni diraih dengan makan tengah hari sambil menikmati beberapa buah lagu dari para pelajar, majlis yang dihadiri Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Mohammad Mohammarin, Pegawai Pendidikan Daerah Datu Akdan Basran, Ketua Bahagian Warisan Kota Marudu Majamis @Haji Jeffery Timbong, PPM Suzie Salapan, dan guru-guru serta 2,000 pelajar.
Sebelum itu pengerusi penaja alumni SMK Kota Marudu Jeson Majimal, berharap kehadiran beberapa bekas pemimpin seperti Datuk Georgh Sangkin, Datuk Maijol Mahap, Suzie Salapan dan para guru-guru ke majlis tersebut akan menambahkan semangat bagi alumni sekolah dan juga PIBG dalam membantu kemajuan serta keperluan sekolah tersebut.
“Kita akan memanggil semua bekas pelajar dalam masa terdekat ini iaitu awal bulan september bagi menyusun semula ajk serta beberapa jawatan seperti Presiden Alumnai sekolah, pada majlis itu juga ada pendaftaran kita buat dan ramai juga yang telah mendaftar”,katanya.
Sementara itu beberapa bekas pelajar yang bersekolah 1969-74 Datuk Maijol Mahap (Gambar) , menyatakan hasrat untuk meneraju alumni sekolah tersebut jikalau diberi kepercayaan atau pun mandat daripada para bekas pelajar lain.
Maijol juga seorang Peguam dan ahli politik mengungkapkan rasa gembira dengan perkembangan serta kejayaan yang ada di sekolah tersebut.
Pada masa yang sama memang banyak keperluan dan memang benar seperti yang dinyatakan Pengetua sekolah dimana peningkatan usia sekolah semakin uzur. Tentu banyak kerosakan dan struktur bangunan disamping kemudahan-kemudahan lain perlu di naiktaraf ataupun digantikan.
“Kita akan cuba membantu sekolah ini yang telah banyak menabur jasa kepada saya dan ramai lagi bekas pelajar sekolah yang tertua di Utara sabah, dan diharap dengan tertubuhnya ajk alumni sekolah akan dapat membantu sekolah bersama pihak PIBG serta seluruh warga SMK Kota Marudu” katanya.
Bagi bekas pelajar tahun 1982-84 Sh.Bakar Sh.Kadir (Gambar) berkata dia sedia memberikan kerjasama dan sumbangan yang diperlukan sekolah melalui alumni nanti, beliau kini bertugas di Jabatan Kesihatan Hospital Pitas turut hadir pada majlis sambutan hari terbuka sekolah tersebut baru-baru ini.
Seorang lagi bekas pelajar yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia Kota Kinabalu Hussin Kadir (Gambar) bersyukur dan gembira apabila dijemput pengetua untuk hadir pada majlis tersebut dan menyatakan kesediaan untuk hadir dan menyokong apa juga aktiviti yang bakal dibuat oleh alumni sekolah dalam membantu meringankan beban pihak sekolah.
‘Walaupun sudah lama meninggalkan namun tidak pernah lupa semasa menuntut di sekolah dari pekan lama sehingga ke bangunan sekolah yang berpindah pada tahun 1982 dan mengakui pentingnya mengadakan majls pertemuan atau ‘reunion’. Katanya.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara