Akdan bersama George pada majlis penyampaian sijil salah seorang dari 470 pelajar mengikuti jom CAKNA
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Pelajar diingatkan supaya menerima perubahan persepsi dengan menguasai ilmu kerana dengan penguasaan ilmu dengan baik dapat mengubah serta mencapai kecemerlangan, sebagai pelajar akan membawa kejayaan dan mengubah sejarah keputusan UPSR.
Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Marudu Datu Akdan Basran berkata, pemikiran para pelajar hari ini harus fokus bagaimana hendak mencapai pencapaian keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini dari tangga ke-16 kepada tangga yang lebih baik .
“Kita mahu agar kedudukan UPSR di negeri Sabah bagi daerah Kota Marudu pada tahun ini akan berubah dan untuk mengubah kedudukan tersebut bergantung daripada usaha dan perubahan minda khususnya dalam menguasai kertas ujian bahasa inggeris”, katanya.
Katanya, walaupun pihak Kementerian Pelajaran tidak terlalu memberikan tekanan kepada para pelajar dan guru untuk mencatatkan keputusan tinggi namun sebagai pelajar mahu pencapaian dalam penguasaan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran terpenting di peringkat global, adalah wajar”.
“Kejayaan UPSR terletak di tangan pelajar itu sendiri perlu menjadi peperiksaan UPSR dijulang sehingga mengharumkan nama daerah ini” katanya.
Akdan berkata, dengan bimbingan guru dan usaha pelajar selama enam tahun belajar di sekolah rendah tidak dipersiakan, UPSR merupakan titik penting bagi ibubapa telah memainkan peranan penting melahirkan dan membina masa hadapan pelajar, justeru itu anak-anak haruslah membalasnya dengan meraih keputusan cemerlang”.
Katanya Majlis gabungan guru besar daerah dan PPD tahun ini menjemput penceramah bebas dalam menjawab soalan-soalan bahasa inggeris dari Kota Belud Cikgu Harayana Mustafa (Gambar) dan telah menjalankan bengkel Jom CAKNA bahasa inggeris selama sehari di dewan komuniti dengan sempurna yang dibantu oleh guru-guru pengiring bahasa inggeris.
Sementara itu Yang Dipertua majlis Gabungan Guru Besar Daerah Kota Marudu George Elang berkata, sambutan pada tahun ini diluar jangka dimana pada awalnya hanya menerima 250 orang pelajar namun pada waktu pendaftaran jumlah peserta meningkat mendadak kepada 471 orang, namun usaha dan kerjasama ajk bersama 31 orang guru besar serta 38 guru pengiring akhirnya kerumitan dapat diatasi.
Katanya, sebelum ada program Jom CAKNA bahasa inggeris dibuat keupayaan dalam menjawab soalan kertas peperiksaan bahasa inggeris pelajar rendah dan bengkel menjawab kertas ujian bahasa inggeris bagi penulisan dan pemahaman disusuli latihan menjawab kertas peperiksaan yang dilaksanakan ternyata amat berkesan.
George yang juga Guru Besar SK Samparita berkata, tahun lalu ujian bahasa inggeris telah mencatat peningkatan keputusan kepada tujuh peratus. Sebelum itu, pada tahun sebelumnya mendapati keputusan menurun dan memaksa pihaknya mengadakan program seumpama itu, pada masa yang sama Jom CAKNA Matematik turut diadakan pada bulan april lalu.

Pengorbanan tidak tetnilai cikgu Roland dari SK Tagibang 100km dari pekan, membawa 6 pelajar semata mata untuk capai cemerlang dlm bahasa Inggeris
Beberapa guru pengiring yang membawa pelajar yang ditemui teruja dengan teknik serta penyampaian penceramah dan berharap dengan adanya bengkel seumpama itu pelajar lebih bersedia menghadapi dan menyesuaikan diri sebelum menjawab peperiksaan ujian bahasa inggeris.
Salah seorang guru pembimbing dari SK Tagibang Ronald Tiwon ditemui BS bersama enam pelajarnya, berkata usaha beliau bersama guru besarnya Jenikius Moni amat berbaloi walau terpaksa datang melalui jalan Ranau dan tidur menumpang dirumah saudara semata-mata membawa harapan besar agar calon UPSR akan meraih seberapa banyak ilmu dalam menjawab kertas bahasa inggeris.

Sedia mendabik dada pelajar seramai 470 ikuti banel teknik menjawab keras bahasa Inggeris
Manakala seorang bapa dari kampung Mangaris Majingkun Sulukan pula turut mengambil kesempatan mendengar ceramah teknik menjawab kertas peperiksaan, beliau yang juga mempunyai dua orang anak sedang menuntut di Amerika Syarikat dan Jepun serta seorang tahun enam di SK Mangaris tidak melepaskan detik berharga begitu sahaja.
Sementara itu adik Salvianita Medo 12’ dari kampung Mangkupa yang bercita-cita sebagai seorang pendidik pada masa akan datang, berharap bengkel tersebut membawa banyak manfaat dan pengetahuan baginya untuk mencapai sekurang-kurangnya B sebagai target peperiksaan yang sebelum itu kurang yakin tentang persediaan yang dilakukannya.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara