Kempen Derma Darah Life Water Industries Sdn Bhd pada Ogos 18
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Orang ramai dijemput hadir menderma darah pada Kempen Derma Darah “Donate Blood For Life” anjuran Life Water Industries Sdn Bhd yang akan diadakan pada Ogos 18.
Kempen derma darah di Dewan Selingan Hospital Duchess of Kent (HDOK) ini merupakan kali ke-3 dalam tahun 2019 diadakan sejak Life Water Industries Sdn Bhd dan Unit Tabung Darah HDOK tandatangan perjanjian persefahaman.
Unit Tabung Darah HDOK juga akan mengadakan majlis perhargaan semasa program berkenaan untuk memberikan penghargaan kepada 17 orang penderma dan 15 pertubuhan yang aktif dalam kempen derma darah.
Orang ramai yang ingin menderma darah, boleh mendaftar online (klik sini) untuk mendapat hadiah edisi terhad selagi stok masih manakala penderma yang lain juga akan dapat hadiah.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ