Seramai 51 pelatih tamat program asas PWK

Terence Chee menyampaikan sijil kepada pelatih yang berjaya

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah mengadakan majlis penutup bagi program dalaman mereka di bawah Pusat Warisan Kraf (PWK) baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Mini PWK di Kampus Teknikal KTYS di Likas menyaksikan seramai 51 orang pelatih menerima sijil tamat mereka untuk program pembalut asas & sulaman Kreatif, logam asas & ukira Kayu, lukisan kain abstrak Asas, stitch advanced & embroidery creatif, advanced metal & wood  dan advanced abstract drawing fabric.

Program ini mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Pengambilan pelatih biasanya dilakukan secara berkala setiap tahun.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Encik Terence S.K. Chee.

Beliau berkata, PWK adalah pusat latihan bagi mereka yang berminat untuk meningkatkan kemahiran selaras dengan visi Kerajaan Negeri untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran dan kompeten.”

Beliau berkata, graduan yang telah menamatkan latihan mereka di PWK mempunyai kebebasan untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri sama ada secara komersial atau berasaskan rumah seperti menjahit di mana produk yang dihasilkan mudah dijual secara dalam talian.

Terence Chee (tengah) bergambar bersama para pelatih yang berjaya menamatkan program tersebut.

Turut hadir Pengurus PWK (Program Khas), Pn. Sulin @ Nurfatin Eban, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Hilary Sibangun dan para pelatih untuk program tersebut.

Kumpulan baru pelatih untuk jahitan asas & sulaman kreatif, logam asas & ukiran kayu dan lukisan fabrik asas abstrak telah memulakan latihan mereka pada bulan Julai dan akan selesai pada bulan September tahun ini.