Kemalangan maut di KM 4 Jalan Telupid- Beluran awal pagi Rabu
Oleh Kahar Ali
BELURAN: Seorang pemandu pacuan empat roda maut apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di KM 4 Jalan Telupid – Beluran awal pagi hari Rabu.
Ketua Polis Daerah Supt Kasim Muda berkata Ramlan Waimi berumur 46, yang beralamat di Kampung Desa Aman, Kundasang, telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Pemandu lori yang berumur 58 tahun yang beralamat di Kampung Lupak Meluas Darat, Sandakan, tidak mengalami sebarang luka.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.00 pagi setelah pacuan empat roda dari arah Sandakan telah masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan lori yang datang dari arah Telupid sebelum tebabas ke laluannya semula, kata Kasim.
Menurut Kasim, hujan sedang turun dan permukaan jalan basah semasa kejadian. Pemandu kedua-dua kenderaan tidak disyaki mabuk namun sampel darah diambil bagi tujuan kimia.
Mayat mangsa kemudian telah dihantar oleh polis ke Kamar Mayat Hospital Beluran untuk dibedah siasat, tambah beliau.
Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan., kata Kasim.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ