POLIS MARIN LAHAD DATU MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN WARGA PALAUH

Supt Ahmad Ariffin (berdiri dua dari kiri) memberi penjelasan kepada warga Palauh Tanah Timbus Tamaco semasa  perjumpaan pagi tadi

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu telah mengadakan satu perjumpan dengan warga Palauh Tanah Timbus Tamaco bagi mendidik dan memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang menyalahi dan tidak menyalahi undang-undang Malaysia.

Pegawai Pemerintah PPM Lahad Datu, Supt Ahmad Ariffin telah mengambil satu pendekatan yang positif iaitu mengadakan satu pertemuan “Community Policing”  pada jam 9.00  pagi tadi bersama 40 orang  bangsa palauh yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur bertempat di jeti Markas Operasi PPM Lahad Datu.

Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali berkata, “Community Policing ” ini bertujuan untuk menasihati warga Palauh agar tidak terlibat dengan aktiviti seperti mengebom ikan, meracun Ikan,  memanah ikan dan terlibat dengan KFRG.

Selain itu, PPM juga menyeru agar warga Palauh tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti menghisap syabu dan menghidu gam. Bagi memastikan keselamatan kawasan perairan Lahad Datu terkawal, Polis Marin memohon jasa baik daripada warga Palauh untuk memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang  maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang berlaku di perairan, kata Mohamad Pajeri lagi.