Anggota PPM dan Jabatan Perikanan semasa melakukan “Ops Bersepadu” di Pasar Ikan Lahad Datu petang tadi
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Jabatan Perikanan Lahad Datu telah melancarkan “Operasi Bersepadu” di Pasar Ikan Lahad Datu petang ini.
“Ops Bersepadu” yang dilakukan pada jam 3.00 petang itu bertujuan untuk mengesan penjualan ikan hasil dari aktiviti pengeboman ikan serta memberi nasihat tentang peraturan-peraturan perikanan yang perlu dipatuhi kepada peniaga ikan terutama sekali supaya tidak menjual ikan hasil dari aktiviti mengebom ikan.
” Sepanjang “Ops Bersepadu” dijalankan, seramai 14 peniaga ikan diperiksa dan setakat ini tiada kesalahan dapat dikesan,” kata Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Hj. Mohamad Pajeri Ali.
Pihak Jabatan Perikanan Lahad Datu juga memberi nasihat kepada semua peniaga yang terlibat supaya tidak menjual ikan daripada hasil aktiviti bom ikan kerana ia satu kesalahan yang jelas dibawah Seksyen 26 Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya, kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ