Benjamin (tengah) bersama para penguasaha kereta menunjukkan jenama kenderaan masing-masing yang akan dipamerkan pada Sabah Auto World 2019
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Orang ramai dipelawa untuk mengunjungi Ekspo Sabah Auto World 2019 yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Ogos 2019, di Dewan Acara, Kompleks Karamunsing.
Pengerusi Penganjur, Benjamin Lo berkata, Sabah Auto World 2019 akan mempamerkan model terbaru jenama kereta terkenal terdiri Ford, Volkswagon, Perodua, Mazda, Hyundai, Proton, Isuzu, Honda, Haval dan Borgward.
“Pameran ini adalah satu platform hentian untuk orang awam mendapatkan peluang untuk melihat model terbaru jenama kereta terkenal bersama dengan promosi khas dari setiap pengusaha kereta yang menyertai ekspo ini,” katanya pada sidang media, disini pada Rabu.
Benjamin berlata, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang pameran itu berlangsung antaranya, persembahan oleh pelajar dari Institut of Arts, sudut kanak-Kanak, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan badut dan promosi #hashtag untuk kopi dan ais krim percuma.
Terdapat juga pengumuman daripada DJ semasa acara itu berlangsung iaitu promosi khas daripada para pengusaha kereta berkenaan.
Majlis perasmian Sabah Auto World 2019 akan diadakan pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) dan dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Ekspo ini disokong oleh Persekutuan Industri Sabah (FSI), Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM), Aristo Coffee-Signature Premium Coffee dan GA Space, dan Sabah Insttute of Art (SIA).
Keterangan lanjut hubungi Benjamin Lo ditalian 012-8273939 atau Roland 017-8013939.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ