Dua saspek yang ditangkap oleh polis semasa “Ops Sarang” dan ketulan hablur yang disyaki dadah jenis syabu
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah berjaya menahan 9 orang disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Mereka yang ditahan semasa “Ops Sarang” yang dijalankan di sekitar Kampung Sim Sim awal pagi tadi termasuk dua wanita.
Anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik turut merampas ketulan hablur seberat 0.8 gram disyaki dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM 1,200 ketika operasi tersebut..
Kesemua individu yang ditangkap dibawa balik ke IPD Sandakan untuk siasatan dibawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketulan hablur yang dirampas dalam operasi akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK