POLIS MARIN TAWAU TAHAN BOTLAJU BAWA BARANG LARANGAN

Saspek (kanan) menunjukkan barang-barang yang dibawa masuk ke Tawau

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah menahan sebuah bot laju (penambang) di laut Haji Kuning semasa menjalankan “Op Gelora” pada pagi hari Isnin.

Menurut Komander  PPM Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri  Ali, “Bot laju berkenaan yang dijuragani oleh seorang warga Indonesia, bersama seorang penumpang lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun, datang dari arah Pulau Sebatik menuju ke Tawau, dan berjaya ditahan oleh PPM pada jam lebih kurang 8.30 pagi.

Pemeriksaan lanjut ke atas botlaju berkenaan menemukan pelbagai barang-barang seperti topi pelbagai jenis sebanyak 230 unit, rantai kunci 888 unit, sapu tangan pelbagai jenis 58 helai, pengikat rambut pelbagai jenis 72 unit, subang telinga pelbagai jenis 1,120 biji, gelang Nikita 72 utas, skarf pelbagai jenis 120 pcs, topeng muka pelbagai jenis 120 pcs, sticker motorsikal pelbagai jenis 17 helai dan sticker goodfix 5 gulung, kata Mohamad Pajeri.

“Walaubagaimananpun pemilik barang tersebut iaitu penumpang bot berkenaan gagal menunjukkan Manifest untuk membawa kesemua barang tersebut,” kata beliau.

Pemilik barang diterangkan oleh anggota Polis Marin akan kesalahan dan mengakuinya. Bot dan penumpang serta barang rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut, tambah Mohamad Pajeri.

Anggaran nilai barang rampasan berjumlah RM12,490. Kesalahan dibawah Seksyen 138, Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya, kata Mohamad Pajeri.